Travel Bajet Bersama Anak-Anak, Baca 5 Tips Ini

Jika tiba musim cuti sekolah, mesti ada yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga kan? Tapi banyajk perkara yang perlu difikirkan dalam merancang percutian bersama keluarga ni. Dibawah ini dikongsikan : Travel Bajet Bersama Anak-Anak, Baca 5 Tips Ini.


1. Memastikan Keadaan Cuaca Agar Tidak Menjejaskan Percutian

Untuk mengelakkan kos yang berlebihan atau percutian anda menjadi sia-sia, jangan melakukan perjalanan ketika musim hujan. Anda mungkin hanya akan menghabiskan masa di dalam bilik hotel dan segala aktiviti yang dirancang akan tergendala dan menyebabkan kos percutian bertambah.

 




2. Pastikan Kesihatan Ahli Keluarga Dalam Keadaan Sihat

Pastikan tahap kesihatan anda dan ahli keluarga dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Ianya untuk mengelak kan kos perubatan yang tinggi di tempat yang anda pergi.

Bayangkan jika ada ahli keluarga yang terpaksa di tahan di wad, pastinya percutian anda hanya di hospital sahaja. Adakalanya cuaca di negara lain mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi angan lupa sediakan ubat-ubatan untuk perkara-perkara kecemasan sebagai persediaan.


.

3. Tinggalkan Kenderaan 

Jika anda merancang perjalanan ke negara-negara yang berdekatan adalah lebih baik anda menggunakan syarikat penerbangan. Perjalanan menggunakan kenderaan sendiri hanya akan membuatkan kos bertambah.

Minyak, tol, dan ada kemungkinan kos anda akan meningkat jika berlaku kerosakan pada kenderaan anda. Boleh layari mana-mana website syarikat penerbangan untuk mendapatkan harga terendah untuk percutian anda



4. Ikut Cara Orang Tempatan

Hotel, kenderaan, tempat makan segalanya anda boleh dapatkan dengan harga murah jika anda menggunakan semua ini seperti orang tempatan. Kelebihannya anda akan melihat budaya dan cara hidup orang tempatan dengan lebih dekat.



5. Elakkan Pergi Ke Tempat Membeli-belah

Pastikan anda dan keluarga tahu apa tujuan perjalanan kali ini. Ianya hanya tentang melihat dan merasai pengalaman di tempat orang dan bukan untuk membeli-belah. Jika tidak bersedia lah dengan kos tambahan yang terpaksa di tanggung jika terdapat tambahan bagasi 🙂

 

Sumber : dianarashid.com