Terma Penting Yang Perlu Diketahui dalam Urusniaga Bitcoin

Terma Penting Yang Perlu Diketahui dalam Urusniaga Bitcoin

Terma Penting Yang Perlu Diketahui dalam Urusniaga Bitcoin

Terma Penting Yang Perlu Diketahui dalam Urusniaga Bitcoin

Bagi seseorang yang baru dalam dunia Bitcoin anda perlu mahir dalam istilah istilah berikut sebagai pengetahuan asas anda.

Jomviral akan berkongsikan segala pengetahuan pengetahuan asas berkenaan Bitcoin di tajuk utama kami iaitu Bitcoin.

Asas-asas ini amat penting kerana pemahaman yang betul akan membantu jual-beli anda dan mengelakkan salah faham anda seterusnya menjadikan kerugian dalam jual beli anda.

Address

Address adalah alamat bagi menghantar ataupun menerima bitcoin. Setiap jual beli bitcoin perlu dihantar kepada penerima masing-masing. Maka address ini adalah rujukan dan matlamat kita bagi mendapat atau memindahkan Bitcoin.

Blockchain

Blockchain merupakan kombinasi blok-blok mining yang telah diluluskan. Mining sebenarnya proses bagi menghasilkan Bitcoin yang baru.

Para Miner akan memproses transaksi Bitcoin dengan menggunakan komputer mereka. Proses ini adalah penyelesaian masalah matematik seperti memeriksa, meluluskan dan merekodkan transaksi Bitcoin.

Mining juga merupakan satu-satunya cara Bitcoin diterbitkan.

BTC

BTC adalah unit harga Bitcoin. Seperti mana RM = Ringgit Malaysia. BTC = Bitcoin

Cryptocurrency

Cryptocurrency adalah mata wang dalam bentuk aset digital. Bitcoin merupakan salah satu jenis cryptocurrency. Contoh lain adalah seperti Ethereum, Bitcoin cash, ripple, litecoin, dash, IOTA,Monero dan lain lain lagi.

Exchange

Exchange adalah tempat melakukan jual beli bitcoin. Seperti konsep perbankan, Exchange menyediakan khidmat pertukaran wang fiat kepada unit Bitcoin dan bergantung kepada caj mereka masing masing.

Contoh exchanger adalah coinbase, kraken, luno dan lain-lain lagi.

 

Fees – Caj

Dalam setiap pembelian, penjualan dan pemindahan Bitcoin akan terdapat fi ataupun caj masing-masing. Biasanya dikenakan dalam bentuk peratus ataupun beberapa titik perpuluhan Bitcoin. Contohnya 1% peratus ataupun 0.001 Bitcoin.

Fork

Pecahan Bitcoin asal kepada dua jenis matawang Bitcoin iaitu BTC iaitu Bitcoin dan BCC iaitu Bitcoin Cash.

Mining

Miner akan menghasilkan bitcoin dan proses ini dinamakan mining. Miner adalah sebuah komputer dengan sistem CPU. Contoh Miner adalah Antminer S9.

Wallet

Wallet adalah tempat Bitcoin disimpan. Ianya akan mempunyai alamat 26 digit aksara dan nombor dan alamat serta kata kunci password wallet anda perlu dijaga rapi agar tidak berlaku kecurian dan kehilangan.

Cold Wallet

Cold Wallet adalah Wallet yang disimpan berasingan dari sistem online. Ianya boleh wujud dalam bentuk gajet kecil seperti pendrive(ledger nano S) ataupun dalam telefon pintar anda.

Hot Wallet

Hot Wallet adalah Wallet yang disimpan dalam komputer anda ataupun dalam server. Ianya amat mudah diguna pakai kerana hanya perlu log in dan terus pemindahan Bitcoin tersebut dapat dibuat. Oleh itu, hot wallet lebih terdedah kepada risiko berbanding Cold Wallet.