Syarat Syarat Mengeluarkan Wang KWSP Secara Jelas

Syarat Syarat Mengeluarkan Wang KWSP

Syarat Syarat Mengeluarkan Wang KWSP

 

Syarat Syarat Mengeluarkan Wang KWSP. Anda pasti berkeinginan untuk mengeluarkan sebahagian atau penuh wang KWSP anda. Ianya dibolehkan bergantung pada syarat dan terma.

Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsikan panduan dan syarat-syarat untuk mengeluarkan wang kwsp anda. Panduan ini merupakan perkongsian yang bersumberkan laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri.

Syarat Syarat Mengeluarkan Wang KWSP

Simpanan Wang KWSP anda terbahagi pada dua Akaun. Akaun tersebut adalah Akaun 1 dan Akaun 2. Secara umum, Akaun 1 adalah 70 peratus dari simpanan anda manakala Akaun 2 adalah 30 peratus dari simpanan anda.

Simpanan yang kebanyakannya boleh diusik atau diambil hanyalah pada akaun 2. Melainkan kes kes yang istimewa, maka Akaun 1 dibenarkan untuk diambil yang biasanya kes-kes kritikal seperti kehilangan nyawa, kecacatan kekal, ataupun kehilangan pekerjaan.

Berikut adalah senarai peristiwa yang membenarkan anda melakukan pengeluaran wang KWSP.

Pengeluaran ini boleh dilakukan bagi mana-mana tujuan yang anda mahukan. Ianya melibatkan pembelian rumah yang lama atau baru. Ataupun tujuan membina rumah anda sendiri.

Bagi setiap senarai ini, kami jelaskan dengan lebih jelas lagi panduan untuk melakukan pengeluaran wang dengan hanya klik pada pautan yang disediakan di atas.

Pada kebiasaan, semua wang KWSP boleh diuruskan dari jauh dengan penggunaan i-Akaun. Sistem ini membantu anda menyemak penyata akaun semasa KWSP anda seterusnya mengisi borang-borang yang berkaitan untuk melakukan pengeluaran.

Senarai Bank untuk Pengeluaran Wang KWSP

Merujuk kepada keadaan semasa, beberapa institusi bank telah menjalinkan kerjasama bagi melakukan pemindahan wang untuk menerima wang KWSP anda. Dengan itu, anda disarankan agar membuat akaun simpanan di mana-mana cawangan bank ini bagi memudahkan urusan pengambilan wang KWSP anda.

Berikut adalah senarai Bank yang didaftarkan di KWSP.

Dua Puluh Satu (21) Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli Mengikut kemaskini 30 Disember 2016.

  1. Affin Bank Berhad
  2. Alliance Bank Berhad
  3. Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  4. AM Bank Berhad
  5. Bank Islam Berhad
  6. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  7. Bank Muamalat Berhad
  8. Bank Simpanan Nasional
  9. CIMB Bank Berhad
  10. Citi Bank Berhad
  11. Hong Leong Bank Berhad
  12. HSBC Amanah Malaysia Berhad
  13. HSBC Bank Berhad
  14. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  15. Maybank Berhad
  16. OCBC Bank Berhad
  17. Public Bank Berhad
  18. RHB Bank Berhad
  19. Standard Chartered Bank Berhad
  20. Standard Chartered Sadiq Berhad
  21. United Overseas Bank Berhad