39 Skim Perkhidmatan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM.

Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM

Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM

39 Skim Perkhidmatan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM. Menurut perkembangan terbaru bagi permohonan pekerjaan bagi sektor perkhidmatan awam, lepasan matrikulasi sudah layak untuk memohon pekerjaan.

Ianya adalah seiring dengan pengumuman kerajaan seperti mana yang telah kami kongsikan pada panduan dan login sistem SPA8i.

 

39 Skim Perkhidmatan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM

Mulai Tahun 2016, Pelajar lulusan peringkat sijil matrikulasi iaitu Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah layak untuk memohon jawatan dalam tiga puluh sembilan (39) skim perkhidmatan pada tahap Gred 29. Ianya dinyatakan dalam surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang mana berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

39 skim perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut dan setiap jurusan tidak semestinya layak untuk memohon skim yang dijelaskan ini.

Senarai 39 Skim Perkhidmatan

Pelajar lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM mematuhi kriteria berikut sahaja yang layak memohon.

Anda seharusnya memiliki Purata Nilai Gred Kesuluruhan (PNGK) 2.00 dan keatas dan lulus semua matapelajaran wajib. Permohonan pula tertakluk kepada Dasar One-Step Lower iaitu permohonan setaraf diploma tidak layak memohon jawatan bertaraf PT3/PMR/ SRP.

Hanya maklumat keputusan yang diterima daripada Bahagian Matrikulasi boleh dipaparkan di SPA8i. Calon yang layak memohon akan mendapat mendapat menu Sijil Matrikulasi di bawah Modul Akademik

Klik pada link Sijil Matrikulasi dan maklumat keputusan anda akan dipaparkan. Secara automatik tab Diploma akan dipaparkan untuk permohonan jawatan bertaraf Diploma. Had maksimum jawatan yang dimohon adalah lima belas (15) sahaja keseluruhan.

 

Bagi Kategori B

  1. Artis Budaya
  2. Jurufotografi
  3. Penerbit Rancangan
  4. Ahli Muzik
  5. Pegawai kebudayaan
  6. Pereka

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori C

  1. Penolong Pegawai Geosains
  2. Penolong Pegawai Meteorologi
  3. Penolong Pegawai Sains
  4. Penolong Pegawai Makmal Filem

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari Jurusan Sains

Bagi Kategori E

  1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  2. Penolong Pegawai Perangkaan

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

 

Bagi Kategori G

  1. Penolong Pengurus Taman/ Ladang

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori K

  1. Penolong Pegawai Keselamatan
  2. Penolong Pegawai Pertahanan Awam
  3. Penolong Penguasa Penjara
  4. Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  5. Penolong Penguasa Imigresen/ Penguasa Imigresen
  6. Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori L

  1. Jurubahasa

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori N

  1. Penolong Pengurus Tadbir
  2. Penolong Pegawai Penerbitan
  3. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  4. Penolong Pengurus Asrama
  5. Penghulu
  6. Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori Q

  1. Penolong Pegawai Penyelidik

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan sains atau Aliran Teknikal

Bagi Kategori S

  1. Penolong Pegawai Arkib
  2. Penolong Kurator
  3. Penolong Pustakawan
  4. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  6. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
  7. Penolong Pegawai Penerangan
  8. Penolong Perancang Bahasa
  9. Penolong Pegawai Kesatria
  10. Penolong Pegawai Antidadah
  11. Wartawan

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.

Bagi Kategori W

  1. Penolong Penguasa Kastam

Setiap posisi yang ditunjukkan disini boleh diminta oleh lepasan dari semua jurusan/ aliran.