Berasal dari Oil and Gas Rig, Sekarang Menjadi Tempat Percutian di Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig

Berasal dari Oil and Gas Rig, Sekarang Menjadi Tempat Percutian di Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig

sumber : tempatmenarik.my

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jurutera minyak dan gas dan punyai pengalaman bekerja di offshore? Kini anda bakal mendapat pengalaman tersebut tanpa menjadi jurutera sekiranya anda berkunjung ke Seaventures Dive Rig sebagai tempat menarik di Sabah.

Seaventures Dive Rig adalah berasal dari platform minyak dan gas yang beroperasi di lautan lepas Singapura. Setelah tamat tempoh pengoperasian, fasiliti ini telah dimodifikasi menjadi sebuah resort dan ditunda ke lautan Sabah berdekatan Pulau Sipadan.

Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau tercantik di Sabah dan kaya dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karang. Manakala Seaventures Rig pula adalah satu satunya platform minyak dan gas yang menjadi kawasan pelancongan di dunia ini.

Dengan gabungan elemen ini, anda wajiblah berkunjung ke tempat ini kerana ianya sangat mempesonakan tambahan lagi ia juga tempat latihan bagi sesiapa yang punyai minat ‘menyelam skuba’

Butiran kawasan ini

Alamat : Berhampiran Pulau Mabul
Nombor Telefon : +60 6088251669
Facebook : Seaventures Dive Rig

Aktiviti di Seaventures Dive Rig

Freediving Seaventures

Ini adalah kos menyelam untuk melayakkan anda menjadi PADI Freediver
Kursus ini memberikan peluang kepada anda memahami 4 disiplin penyelam bebas.

Static Apnea – Muka anda terselam sambil menahan nafas selama mungkin. Keadaan badan adalah terapung dan objektif aktiviti ini adalah untuk 90 saat.

Dynamic Apnea – Berenang sejauh mungkin pada satu pernafasan dengan lokasi bawah permukaan. Objektif kursus adalah 25 meter.

Free Immersion – Menggunakan laluan menurun untuk menarik diri anda kebawah.
Sama ada kedudukan kepala keatas atau kepala kebawah dan tidak menggunakan alat bantuan.

Constant weight. Menuruni laluan menurun dan anda berenang dengan bantuan fins.
Kemudian berenang kembali ke permukaan laut. Objektif kursus ini adalah 10 meter ke 16 meter.
Selepas kursus ini, adalah telah layak mendapat sijil PADI Freediver dan bebas untuk menggunakannya di mana mana sahaja kawasan skuba diving.

Keindahan Laut Marin Setelah Anda Punyai Lesen Menyelam Skuba

Bajau Laut – Pelawat rig ini akan mendapati kaum komuniti bajau berhampiran pulau Mabul. Mereka hidup kemah terapung dan bot atau dikenali lepa lepa. Komuniti ini dianggarkan sebanyak 3000 orang.

Mereka adalah kaum nomad yang punyai pelbagai kisah tradisi yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Kaum Bajau Laut menghabiskan kebanyakan hidupnya di laut. Mereka adalah penyelam bebas dan nelayan. Gegendang telinga mereka kadang kadang ditebuk membuatkan ianya tidak pecah apabila mereka menyelam di hari dewasa mereka.

Mereka ini mampu melihat jauh di dalam laut dan punyai kemampuan fizikal dalam laut yang luar biasa.
Jadi mungkin anda berpeluang mengenali mereka dan menjalani aktiviti bersama mereka yang lebih arif tentang kehidupan laut dan memburu ikan bersama sama mereka.

Keindahan Pulau Sipadan – Terumbu karang di Malaysia adalah sekitar 4006km panjang.
Kawasan ini merupakan tempat pembiakan ketiga seluruh kehidupan laut dan sumber utama pekerjaan dan makanan bagi rakyat Malaysia.

Bagi pulau Sipadan, pelindungan dan penjagaan terumbu karang disini amatlah dititik beratkan oleh Kementerian Sumber Alam Semulajadi dan Persekitaran.
Pulau Sipadan terbentuk daripada kesan tumbuhan terumbu di atas gunung berapi yang pupus.

Terdapat 3000 spesis ikan dan ratusan spesis terumbu karang direkodkan di sini. Ianya menjadikan lokasi ini sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam skuba di dunia ini.
Di sini terdapat jerung sebagai senarai atas ekosistem kehidupan marin dan menunjukkan ekosistem sihat terbina di terumbu karang Sipadan.

Kos Percutian

Pakej Menyelam – Standard RoomDiver Package –
4 hari / 3 malam = RM 3050.00
5 hari/ 4 malam = MYR 3760.00
6 hari/5 malam = MYR 4480.00
Pakej Menyelam – Dormitory
3 hari/ 2 Malam = RM 1560.00
4 hari/3 Malam = RM 2340.00

Keindahan Panorama di Seaventures Dive Rig

 

Antara Review Pengunjung di Seaventures Dive Rig

Very friendly dive crew, awesome food and very organised dive system. Hui Shan Chong

Perfect for diving,Sipadan is closed from RIG.Best stuff,good guides,food,nice people . Magda Adamecz

I love this place for many reason, first it is a SCUBA Diving resort for real divers. # boat dives a day, with possibility to do 5 and unlimited house reef.
Amazing macro and unreal Sipadan island, permits guaranteed with a minimum stay of 3 days. Jonatan Sanchez

Absolutely fantastic! 5* rotkiV revoK