Roborace Perlumbaan Kereta Tanpa Pemandu

Roborace, siri pertunjukan perlumbaan kereta tanpa pemandu yang diadakan bersama kejuaraan Formula E telah berjaya melengkapkan demonstrasi secara langsung yang pertamanya, menggunakan dua buah kereta tanpa pemandu berlumba di litar.

Demonstrasi tersebut berlangsung di litar jalan raya di Buenos Aires, lokasi yang sama berlangsungnya perlumbaan pusingan ketiga untuk musim 2016-2017. Dengan menggunakan dua buah kereta yang dibangunkan oleh Roborace iaitu DevBot 1 dan Devbot 2. Kereta-kereta ini bakal didedahkan semasa Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona pada 27 Februari 2017.

Kedua-dua buah DevBots tersebut diberikan livery perlumbaan menggunakan tema kelab bola sepak tempatan iaitu River Plate dan Boca Juniors, berllumba bersama pada litar berkenaan tanpa langsung dipandu oleh manusia, sebaliknya menggunakan pelbagai penderia pada sekeliling badan kereta berkenaan, bagi memberikan panduan dalam litar.

Roborace Perlumbaan Kereta Tanpa Pemandu

Siri perlumbaan kereta elektrik tanpa pemandu ini bakal menjadi lapangan ujian untuk teknologi pemanduan sendiri dan juga kepada jurutera perisian bagi membangunkan dan memperhalusi hasil kerja mereka. Kesemua pasukan bakal diberikan kereta yang sama, dan juga kelengkapan yang sama, tetapi dibenarkan untuk membuat perisian mereka sendiri.

Asas kepada perlumbaan ini adalah interaksi, dengan kebolehan perisian AI untuk menerima dan berinteraksi terhadap persekitaran dinamik, yang menjadi elemen utama bagi teknologi ini.

Sumber : Paultan