Inilah Makanan Yang Dinanti-Nanti bila Hari Raya Korban di Kelantan

Inilah Makanan Yang Dinanti-Nanti bila Hari Raya Korban di Kelantan

Kali ini, Jom Viral ingin berkongsikan kemeriahan raya korban di Malaysia yang unik. Seperti kita ketahui negeri di Pantai Timur menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih meriah terutama sekali di Negeri Kelantan.

Ini kerana setiap hari raya haji yang pertama, lembu atau binatang korban disembelih oleh imam atau tukang sembelih dan pelapah pelapah daging itu diuruskan oleh ahli keluarga yang membuat korban itu sendiri.

Oleh itu, orang kampung akan berkumpul di pelbagai kawasan untuk melakukan ibadah korban dan akan menguruskan A-Z lembu tersebut hinggalah ianya siap untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

Disini, adanya hidangan yang sudah pasti ternanti nanti oleh semua orang kampung bila lakukan aktiviti ibadah korban. Iaitu masakan asam perut lembu dan daging lembu goreng kicap yang panas panas dan sangat segar.

Menu masakan ini amatlah simple dan sedap. Biasanya lauk tambahan bagi hidangan ini adalah seperti kerabu dan sambal belacan atau budu. Mari kita lihat hidangan yang dimaksudkan itu.

 

 

Ini pula resipi memasak Menu Daging Korban

Resepi Singgang Daging

Bahan Bahan

500g tulang
3 keping asam keping
1 inci halia –ketuk
2 inci lengkuas -hiris nipis
garam secukup rasa
2 cili kering – cuci potong 3
5 biji bawang merah – dihiris
2 biji bawang putih -dihiris
1 genggam biji ketumbar – tumbuk kasar
sedikit gula melaka/manisan (optional boleh ganti ngan gula tak pun ajinomoto

Cara- Cara

Rebus tulang hingga daging empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua bahan hirisan , lada kering, asam keping dan biji ketumbar
masak hingga rasa dah sekata (rasa masam, lengkuas dan ketumbar sebati)
Rasakan garam dan gula
Sedia dihidang dengan nasi panas

NOTE: singgang daging ni rasa dia sepatutnya masam dengan rasa ketumbar dan sedikit manis. Lagi lama masak, lagi sedap

 

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan2:
1/2kg daging segar (guna daging segar batang pinang)
1 bijik bawang holland (yang kaler kuning tuh) – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Cili besar hijau – hiris
Cili padi hijau – hiris
Garam, Serbuk Kunyit

Cara2:
1. daging tu dihiris nipis, dibasuh dan campak dalam kuali tunggu sampai air daging tu kering
2. kalau air daging dah kering, cuba ambil 1 keping dan gigit, kalau dah lembut, sila terus ke langkah ke empat. kalau masih liat, sila ke langkat ke 3
3. kalau masih liat, tambahkan air dalam kuali tu. jangan tambah banyak sangat. tambah 1/2 cawan dulu baca balik langkah 2
4. daging dah lembutkan, sila ketepikan daging dan tuang minyak masak ke dalam kuali yang dah separa rentung tu, selepas itu boleh tumis bawang putih dengan bawang holland
5. masukkan daging, garam, kunyit – goreng sekejap
6. agak2 daging tu dah separa garing (jgangan garing sangat, nanti keras sangat) masukkan cili-cili semua
7. biarkan 1/2 minit, dan sedia untuk  makan.

 

sumber : brothersaam, aziekitchen, topengperak