Penginapan Di Rumah Pink Di Tiptree Ini Bernilai RM10,000 Semalam

Sebuah bilik yang dihiasi dengan warna pink dan dipenuhi perabut warna sama.

Penginapan di ‘istana’ luar biasa yang berwarna merah jambu di sini bernilai £1,800 (RM10,000) untuk semalam. Rumah Eaton yang terletak di Tiptree ini dilengkapi dengan enam bilik tidur, layar skrin pawagam luar dan dalam rumah dan sebuat studio gambar.

Kediaman pink ini milik dua rakan baik bernama James Lloyd Robets dan Amy Griffith. Rumah ini dikatakan megambil masa selama empat tahun untuk proses pengubahsuai sebelum dibuka kepada pengunjung.

Setiap bilik tidur rumah dua tingkat ini dihiasi dengan tema dekorasi berlainan selain mampu memuatkan 15 tetamu.

Penginapan mewah disini dikatakan sesuai untuk sesiapa yang ingin menjalankan sesi penggambaran selain menjadi lokasi untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian.