Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara. Pengeluaran ini membolehkan mengeluarkan simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggalkan negara Malaysia.

Jumlah wang yang boleh dikeluarkan adalah semua simpanan dalam akaun KWSP anda.

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

Pengeluaran Ini boleh dipohon bagi anda sekiranya anda warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain.

Selain itu ia juga bertujuan jika anda bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia. Seterusnya, sila rujuk bagaimana syarat untuk mengeluarkan wang KWSP anda disini.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Syarat Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

Bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap anda dapat menuntut wang kwsp sekiranya status kewarganegaraan Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap telah dilepaskan atau dilucutkan.

Bagi ekspatriat dan pekerja asing, syarat dibawah haruslah dipatuhi iaitu.

  • Telah berhenti kerja sama ada pengesahan melalui surat berhenti kerja, Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan atau penamatan permit kerja oleh Jabatan Imigresen
  • Pekerja berstatus TALENT perlu membatalkan Pas Pemastautin
  • Warganegara asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia perlu membatalkan Pas Pemastautin
  • Memo periksa keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi pekerja asing

Bagi ekspatriat, ahli boleh memohon dalam tempoh dua bulan :

  • Sebelum tamat tempoh permit kerja atau sebelum tamat apa-apa tempoh lanjutan permit kerja dari tarikh permohonan dikemukakan; ATAU
  • Sebelum penamatan perkhidmatan oleh majikan

Bagi Pekerja Asing, ahli boleh memohon dalam tempoh dua bulan sebelum tamat tempoh permit kerja ATAU sebelum tamat apa-apa tempoh lanjutan permit kerja dari tarikh permohonan dikemukakan

Kelayakan Memohon Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

1. Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU

2. Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal; DAN

3. Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

 

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

 

Kaedah Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat berikut. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.

Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) dan sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank.

Kaedah Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing dimana Jenis matawang adalah seperti berikut.

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing atau Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

1. Borang Pengeluaran KWSP 9K (AHL)
2. Salinan passport yang masih sahlaku yang jelas menunjukkan nama dan nombor passport
3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Meninggalkan Negara

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Meninggalkan Negara untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;