Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan. Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

Ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan beliau andainya masalah kesihatan. Sebagai rujukan lain anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP berdasarkan sebab lain seperti pautan di bawah.

Ahli mestilah bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan dan Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Syarat Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

  1. Pengeluaran yang dibenarkan adalah untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP sahaja.
  2. Sila rujuk senarai lengkap penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan di laman web KWSP atau Pejabat KWSP
  3.  Ahli keluarga yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini adalah seperti berikut. Iaitu Suami / Isteri, Anak / Anak Tiri / Anak Angkat, Ibu Bapa / Ibu Bapa Mertua / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat, Adik Beradik, Kos rawatan perubatan yang dibenarkan, Kos rawatan perubatan meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital / pusat rawatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit berkenaan termasuk kos pembelian peralatan sokongan perubatan dibenarkan di dalam rawatan bagi penyakit yang diluluskan tersebut
  4.  Laporan Perubatan, Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran. Laporan perubatan, bil rawatan sebenar (final bill) dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan. Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon.
  5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit tertakluk kepada kos rawatan perubatan
  6. Ahli boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan perubatan.
  7. Ahli tidak layak memohon sekiranya Pesakit menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan.
  8. Ahli tidak layak memohon juga jika ingin membeli peralatan bantuan kesihatan yang tidak diluluskan dimana Kos perubatan ahli atau ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli / majikan ahli keluarga yang dibenarkan atau Ahli mendapat rawatan kesuburan atau Ahli mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

Ahli boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang lebih rendah.

Semua simpanan Akaun 2 ATAU kos rawatan perubatan sebenar. Jika majikan hanya membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan, ahli boleh mengeluarkan jumlah sebanyak baki kos rawatan perubatan yang tidak ditanggung oleh majikan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 ahli.

Bagi permohonan bersama amaun yang layak dikeluarkan ialah sebanyak berikut, mengikut mana yang lebih rendah, tertakluk kepada kos rawatan perubatan sebenar. Jumlah yang dipohon ATAU simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu.

Kaedah Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat berikut. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.

Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) dan sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank.

Kaedah Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing dimana Jenis matawang adalah seperti berikut.

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing atau Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

1. Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL)
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)
3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Tujuan Masalah Kesihatan

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Kesihatan di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;