Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya. Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsi kekal untuk memperolehi pekerjaan (Permanent Disability)

Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

Ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan beliau andainya berlaku hilang keupayaan. Sebagai rujukan lain anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP berdasarkan sebab lain seperti pautan di bawah.

Simpanan yang boleh dikeluarkan adalah kesemua simpanan dalam akaun KWSP ahli.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Syarat Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

  1. Permohonan ahli mestilah disokong oleh laporan perubatan yang dibuat tidak lebih enam bulan dari tarikh permohonan diterima yang dikeluarkan oleh hospital yang merawat ahli.
  2. Rawatan yang diterima bagi penyakit yang dihadapi telah mencapai tahap maksima, (Maximal Medical Improvement-MMI).
  3. Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan dibuat.
  4. Keperluan Menghadiri Sesi Temuduga, Ahli dikehendaki menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Pegawai KWSP.
  5. Keperluan untuk menghadirkan diri untuk pemeriksaan oleh Lembaga Perubatan KWSP.

Perhatian dan Makluman Kepada Pemohon

KWSP akan mendapatkan pengesahan kesahihan dokumen bagi setiap laporan perubatan yang dikemukakan oleh ahli kepada KWSP daripada Hospital / Klinik di mana ahli mendapatkan laporan berkenaan.

Sekiranya laporan perubatan dan hasil pemeriksaan Lembaga Perubatan KWSP mengesahkan bahawa ahli tidak mampu untuk menguruskan diri dan kewangan beliau, pembayaran akan dibuat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

 

Kelayakan Memohon Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
2. Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
4. Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

Ahli adalah layak untuk mendapat Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Bantuan ini adalah bayaran tambahan selain simpanan ahli. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja.

Ahli Layak bagi bantuan ini sekiranya anda belum mencapai umur 55 tahun; DAN merupakan warganegara Malaysia; DAN Memohon Pengeluaran Hilang Upaya 12 bulan dari tarikh tamat perkhidmatan / hilang pekerjaan DAN tempoh perkhidmatan dengan majikan terakhir sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan; DAN ditamatkan perkhidmatan oleh majikan atau hilang pekerjaan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja, bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.

Kaedah Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat berikut. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.

Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) dan sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank.

Kaedah Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing dimana Jenis matawang adalah seperti berikut.

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing atau Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

1. Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL).
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad).
3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan).
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos.

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Pengeluaran Kurang Upaya

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Hilang Upaya untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan pejabat KWSP.
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;