Penjelasan bagi Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah

Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah

Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah

 

Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah. Wang KWSP boleh dikeluarkan melalui pelbagai pilihan. Salah satu sebab kita dibolehkan mengeluarkan wang KWSP adalah bertujuan untuk Pembelian Rumah.

Pembelian rumah disini mempunyai pelbagai penjelasan. Ianya berkaitan dengan membeli rumah yang baru, membeli rumah yang telah siap dari milikan orang lain (subsale), ataupun membina rumah sendiri atas tanah milikan.

Untuk setiap tujuan ini, anda boleh mengeluarkan wang KWSP anda dari Akaun 2 sahaja. Maksimum pengeluaran adalah bersamaan kesemua simpanan Akaun 2 anda.

Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah

Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara. Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang KWSP berdasarkan sebab yang lain sila rujuk pautan di bawah.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang juga diletakkan dibawah ini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Kelayakan Memohon

1. Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara berdaftar
2. Kurang dari umur 55 Tahun sewaktu membuat permohonan
3. Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat Pengeluaran

  1. Anda membeli ataupun membina satu buah rumah (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  2. Anda membuat peminjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut :-
  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
  • Secara tunai

3. Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP

4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
Tarikh Cetakan : V01/01/2017

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Amaun Yang Layak Dikeluarkan (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00) PEMBELIAN RUMAH OLEH INDIVIDU PEMBELIAN RUMAH BERSAMA AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN

Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2

Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan PINJAMAN PERUMAHAN 100% PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2

Kaedah Bayaran

Bayaran Dalam Malaysia. Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank
Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Pembelian Rumah

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen Sokongan

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Membina Rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

PERINGATAN : Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran

Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]
Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Pembelian Bukan Untuk Tujuan Kediaman

Pengeluaran perumahan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa dan sekiranya mana-mana transaksi yang dikesan oleh KWSP yang melibatkan pindahmilik kurang daripada satu (1) tahun, KWSP berhak untuk menolak permohonan pengeluaran atas alas an ia mengandungi unsur pembelian bagi tujuan pelaburan dan bukannya bagi tujuan kediaman sepertimana keperluan Akta KWSP

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;