Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen. Ini bertujuan bagi staf perkhidmatan awam yang sudahpun mencapai tahap berpencen. Namun beliau masih ingin meneruskan khidmat dalam institusi pekerjaan.

Bagi keadaan ini anda mempunyai pilihan KWSP seperti berikut.

Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen.

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen anda bolehlah menerima Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja. Manakala bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Ahli boleh mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Seterusnya, sila rujuk bagaimana syarat untuk mengeluarkan wang KWSP anda disini.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Syarat Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

1. Telah disahkan taraf pekerja berpencen dari JPA
2. Ahli tidak layak memohon sekiranya ahli adalah anggota tentera yang bersara secara pilihan

Kelayakan Memohon Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

Sebagai maklumat tambahan, anda juga layak memohon pengeluaran ini jika anda bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP kerana dianggap telah membuat pengeluaran kesemua simpanan. Sekiranya bekerja semula dengan pihak swasta, wajib mencarum kepada KWSP dengan menggunakan nombor keahlian yang sama.

Jika anda ingin terus mencarum kepada KWSP, selepas membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, ahli boleh memilih untuk mencarum semula di bawah kategori orang bekerja sendiri. Sekiranya ahli pernah membuat pindahan pelaburan, KWSP akan melepaskan kawalan ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen.

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

 

Kaedah Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat berikut. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.

Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) dan sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank.

Kaedah Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing dimana Jenis matawang adalah seperti berikut.

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing atau Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

1. Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)
2. Salinan kad pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
3. Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (mengikut format KWSP) Rasional > Majikan mengesahkan ahli telah diberi status pekerja berpencen
4. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan)

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Pekerja Berpencen

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Meninggalkan Negara untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;