Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian. Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP. Pastikan setiap langkah dan panduan yang dikongsikan ini dituruti secara lengkap bagi mengelakkan sebarang salah faham.

 

Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

Ini membolehkan ahli membenarkan waris yang sah untuk mengeluarkan simpanan beliau andainya berlaku kehilangan nyawa. Sebagai rujukan lain anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP berdasarkan sebab lain seperti pautan di bawah.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Syarat Pengeluaran Wang Bantuan Kematian

Ahli penuntut bertaraf Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia.

Pemohon wajib berumur 18 tahun.
Rujuk jadual di bawah bagi permohonan pengeluaran kematian akaun KWSP yang mempunyai

Penamaan

1. Pemohon adalah penama akaun ahli
2. Sekiranya penama meninggal dunia

Islam Bukan Islam
Sebelum ahli Waris terdekat boleh memohon dengan Surat Kuasa Waris terdekat boleh memohon dengan Surat Kuasa
Selepas ahli Sama seperti di atas Waris terdekat PENAMA boleh memohon dengan Surat Kuasa

 

Tanpa Penamaan

1. Waris terdekat ahli tertakluk kepada taraf perkahwinan ahli.

Sekiranya ahli yang meninggal itu TELAH berkahwin, penuntut bolehlah terdiri daripada Balu atau Duda ahli, Anak-anak, Pentadbir Pusaka Ahli

Jika ahli yang meninggal itu BELUM berkahwin, penuntut bolehlah terdiri daripada Bapa atau Ibu ahli, Adik-beradik ahli (Jika ibu bapa telah meninggal dunia), Pentadbir Pusaka Ahli

Jika simpanan kurang daripada RM 2,500

kesemua bayaran simpanan ahli boleh diberi kepada waris amaun

Jika simpanan kurang daripada RM 25,000

dimana permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh mati. RM2500 akan dibayar sebagai bayaran pertama dan baki semua simpanan ahli akan dibayar selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli.

Bagi permohonan yang dibuat lebih dari 2 bulan dari tarikh mati, bayaran kesemua simpanan ahli akan dibuat kepada waris.

Jika simpanan MELEBIHI daripada RM 25,000

Permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh mati – Amaun RM2500 akan dibayar sebagai bayaran
pertama. Amaun RM17,500 akan dibayar sebagai bayaran kedua iaitu 2 bulan dari tarikh kematian ahli dan
baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Kuasa

Permohonan lebih dari 2 bulan dari tarikh mati – Amaun RM20,000 akan dibayar kepada waris. Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Penamaan Mulai 2017

1. Bagi Ahli beragama Islam, penamaan yang dibuat akan terhenti sekiranya penama tidak membuat pemohonan pengeluaran dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kematian ahli atau penama berumur kurang dari 18 tahun semasa pemohonan pengeluaran dibuat.

Kelayakan Memohon Bantuan Kematian

1. RM2500 boleh dibayar kepada orang tanggungan yang layak (balu, duda, anak ahli ATAU ibu/bapa ahli).
2. Tanda keprihatinan untuk membantu waris yang ditimpa musibah.

3. Kelayakan bantuan kematian tertakluk kepada:

  • Warganegara Malaysia (termasuk Permastautin Tetap) ATAU bukan warganegara yang mendaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998.
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Permohonan diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Bantuan diberi sekali sahaja.
  • Ahli mempunyai baki simpanan semasa permohonan pengeluaran kematian dibuat.
  • Keputusan kelulusan pemberian Bantuan Kematian adalah atas budibicara KWSP.

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon dengan syarat :
Pemohon mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik. Nombor pengenalan diri pemohon adalah sama dengan rekod bank.Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM). Sekiranya bayaran tidak Berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank.

Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :
Matawang asing mengikut pilihan pemohon di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing ATAU Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing. Pemohon perlu mengemukakan alamat di luar negara.

 

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL) jika Penama / Waris Ahli / Penjaga atau Pentadbir Atau
Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL) (PA) jika Pemegang Amanah.
2. Borang Perakuan Tanggungjawab Penerima Wang Simpanan KWSP Ahli.
3. Salinan Sijil Kematian Ahli.
4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon Atau Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang
MyKad).
5. Maklumat Akaun Bank (pemohon digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank
/ salinan akaun bank semasa membuat permohonan).

 

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Bantuan Kematian

 

1. Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
2. Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
3. Sijil Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
4. Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB).
5. Bukti Pertalian
6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh KWSP.

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;