Nasi Ambeng Citarasa Tersendiri di Johor

Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1890 -1900.

Nasi Ambeng merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri kahwin, doa selamat dan lain-lain.

BACA: 5 Makanan Ini Harus Anda Elakkan Saat Berbuka Puasa

Cara nasi ambeng ini di hidangkan adalah sangat unik. Ia dihidangkan di dalam dulang yang besar dengan dilengkapi lauk-pauk asli Jawa. Terdiri daripada serunding kelapa, ikan kering bulu ayam, kacang tanah, sambal goreng, begedil, ayam masak kicap dan sayur kacang panjang.

Satu hidangan nasi ambeng biasanya dimakan untuk 5-6 orang.

Konsep nasi ambeng ini amat unik kerana ia menerapkan sikap persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada beza jenis makanan bagi yang miskin dan yang kaya.

Transformasi dan revolusi sudah banyak berlaku dalam penggayaan nasi ambeng.

Dan yang menariknya nasi ambeng ini banyak terdapat di negeri Johor Darul Takzim.