Login SPA8i new bagi Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam

Login SPA8i

Login SPA8i

Login SPA8i merupakan sistem login terbaru  bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sesiapa yang ingin memohon jawatan di Sektor Awam perlu memohon melalui laman SPA8i login ini.

Mulai tahun 2009, SPA tidak lagi menyiarkan kekosongan jawatan sektor kerajaan dalam akhbar atau mana-mana portal. Namun ianya dikongsikan pada laman web SPA8i.

〉〉 Login : SPA8i Online 〈〈

Tujuan laman web Login SPA8i

Terdapat pelbagai tujuan Sistem Login ke dalam laman web ini iaitu;

  1. Memohon pekerjaan di Sektor Awam (Kerajaan),
  2. Memohon jawatan baru bagi Kakitangan Awam sedia ada,
  3. Memohon jawatan bagi lepasan Matrikulasi,
  4. Login bagi melihat tawaran pekerjaan sektor awam terkini.
  5. Membuat Semakan Temuduga Permohonan SPA

Step by Step Mengenai Login SPA8i

Kami akan berkongsikan kepentingan yang perlu dipatuhi dalam mengakses SPA8i ini. Bagi melakukan pendaftaran dan mengelakkan dari berlaku kesalahan pengisian, adalah amat penting untuk anda mengikuti syarat syarat pengisian maklumat ini.

Panduan Mengisi Borang Online SPA8i boleh dilihat pada pautan ini

〉〉 Panduan Mengisi Pendaftaran SPA8i Online 〈〈

Dapatkan No MyID dan Kata Laluan

Bagi mengisi pendaftaran SPA8i, anda terlebih dahulu perlu mendapatkan nombor MyID iaitu nombor kad pengenalan anda. Nombor bagi kata laluan semuanya boleh dibuat apabila anda mendaftar akaun anda di SPA8i.

Segala langkah bagi mengisi adalah seperti panduan mengisi pendaftaran online.

Buat Pendaftaran Lengkap Anda

Setelah menekan pautan untuk pendaftaran di Laman Web SPA8 new, anda wajib mengisi segala makluman yang diminta semaksimum boleh.

Pengisian yang lengkap dan disertai dengan lampiran sijil-sijil dalam bentuk salinan lembut “softcopy” adalah amat membantu penilaian profil anda bagi tujuan panggilan temuduga dan peperiksaan saringan.

Pastikan anda menekan semua tab yang disediakan sewaktu melakukan pendaftaran profil. Ianya mengandungi maklumat pemohon, maklumat akademik, pendidikan tambahan, peringkat pengajian anda, maklumat ko-kurikulum, pencapaian dalam ko-kurikulum, adakah anda pegawai dalam perkhidmatan, kebolehan bahasa anda, sudut khas bagi tentera atau polis, adakah anda penerima bantuan kurang upaya, jawatan yang ingin dipohon, dan pengakuan pemohon.

Semak Tawaran Pekerjaan Yang Dibuka

Sudah pasti, permohonan jawatan ini berkait dengan usaha untuk mendapat penempatan dalam sektor penjawatan awam. Oleh itu anda amat berminat untuk mengetahui jawatan kosong kerajaan yang ditawarkan sejurus untuk membuat aplikasi permohonan melalui sistem online ini.

Senarai lengkap jawatan kosong yang dibuka boleh dirujuk disini.

〉〉 Tawaran Jawatan Kosong 〈〈

Setelah mengenal pasti posisi mana yang ingin diminta pastikan ianya bersesuaian dengan kelayakan anda dan membuat pemilihan yang diminta pada tab jawatan yang ingin dipohon.

Penting : Pendaftaran MyID sekali Sahaja

Setiap individu yang ingin memohon pekerjaan melalui Sistem SPA hanya boleh mendaftar akaun anda sekali sahaja. Seandainya anda telah melakukan pendaftaran, mustahil untuk melakukan pendaftaran baru.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menukarkan kata laluan seandainya anda telah lupa perinci maklumat login dan passwrord asal anda.

Tersalah Memasukkan No IC

Sekiranya tersilap meletakkan nombor kad pengenalan semasa membuat pendaftaran MyID, anda perlulah menghantar emel kepada [email protected] bagi tujuan semakan.

Pastikan anda memaklumkan nombor kad pengenalan yang telah salah dimasukkan dengan nombor kad pengenalan anda yang sebenar.

Masalah Pada Pop-Up Blocker

Sekiranya anda mengalami kesulitan sewaktu menekan pautan untuk pengaktifan akaun yang baharu daftar anda perlulah memilih konfigurasi “Turn-Off Pop Up Blocker”.

Cara-caranya adalah dengan;

i. Bagi medium Internet Explorer, sila klik Tools > Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.

ii. Bagi medium Mozilla, sila klik Tools > Options Pilih (un-tick) Block pop-up windows > klik OK

iii. Bagi medium Google Chrome toolbar atau yahoo toolbar, sila klik always allow pop-ups from (URL laman web SPA)

Permohonan Melalui Sijil Matrikulasi

Mulai Tahun 2016, Pelajar lulusan peringkat sijil matrikulasi iaitu Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah layak untuk memohon jawatan dalam tiga puluh sembilan (39) skim perkhidmatan pada tahap Gred 29. Ianya dinyatakan dalam surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang mana berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

39 Skim Perkhidmatan dengan syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM