KWSP Online Panduan Login dan Sebab Dibuat i-Akaun

kwsp online

kwsp online

KWSP Online merupakan laman web bagi memudahkan anda mengakses maklumat KWSP anda secara online. Daripada laman ini, anda boleh melihat kandungan simpanan anda, mencetak penyata KWSP, meletakkan pewaris, melihat rekod keluar masuk wang KWSP dan juga memohon pengeluaran wang KWSP secara online.

Kesemua pilihan ini boleh dilakukan bila anda punyai i-Akaun. i-Akaun ini amat memudahkan urusan anda kerana satu kali log masuk membantu anda melihat segala makluman berkaitan wang KWSP anda.

i-Akaun ini tidak boleh dibuat sendiri. Berikut adalah pengenalan dan perihal mengenai KWSP Online anda.

KWSP Online

Penyata yang dikeluarkan disini akan menunjukkan maklumat lengkap sumbangan terkumpul KWSP anda dalam Akaun 1 dan Akaun 2 keduanya. KWSP ini adalah simpanan pencen wajib yang diperkenalkan kerajaan kepada semua pekerja berpendapatan di Malaysia. Wang yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dilaburkan dan dikumpulkan mengikut faedah yang ditentukan.

Bagi jumlah faedah ini, adalah disarankan untuk melakukan penyucian dari nilai zakat dan nilai nilai syubhah yang telah digaris pandu oleh sebahagian jabatan agama. Mereka memberi panduan menyucikan wang kwsp secara anggaran mengikut peratus.

Tujuan Penyata Akaun KWSP

Dalam sistem pelaburan dan jual beli aset di Malaysia, penyata akaun KWSP merupakan salah satu instrumen pengukur yang amat penting untuk menilai tahap kewangan anda.

Oleh itu, kebolehan anda untuk memberi maklumat yang diminta secara cepat dan tepat amat membantu segala proses melengkapkan borang ataupun menebus wang simpanan dalam akaun EPF atau KWSP anda.

Untuk pengetahuan anda, pihak pengurusan dan pentadbiran KWSP telah memperkenalkan i-Akaun bagi memudahkan anda untuk membuat segala urusan berkaitan wang KWSP.

i-Akaun Wang KWSP

Pada waktu lalu, penyata KWSP amatlah sukar diperolehi. Anda perlu mencetak sendiri di pejabat KWSP secara fizikal. Ianya merupakan satu-satunya cara bagi mendapat penyata ini.

Terkemudian, sistem ini telah dinaiktaraf. Anda boleh mengeluarkan penyata KWSP di kebanyakan bank melalui pencetakan di mesin KIOSK yang disediakan di kebanyakan bank. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor kad pengenalan dan pengesahan ibu jari anda sahaja. Selain itu, segala urusan ini juga boleh dilakukan sekarang sekiranya anda punyai i-Akaun.

Panduan Membuat i-Akaun Wang KWSP

Langkah 1 : Dapatkan kod pengaktifan i-Akaun

Langkah 2 : Lengkapkan akaun i-Akaun

Langkah 3 : Cetak penyata KWSP

Langkah pertama anda perlulah mempunyai Kod Pengaktifan. Telefon KWSP di 03-8922 6000 bagi mendapatkan Kod Pengaktifan anda.

Operator tersebut akan meminta anda beberapa soalan bagi tujuan pengesahan identiti. Apabila pengesahan telah berjaya, kod Pengaktifan akan dihantar kepada anda melalui SMS. Kod Pengaktifan ini hanya bertahan bagi tempoh tiga puluh hari (30). Jadi anda perlu mengendali pendaftaran i-Akaun dalam 30 hari sahaja.

Setelah mendapat kod pengaktifan sila masuk laman web rasmi KWSP dan klik pada Login i-Akaun sebagai ahli (member). Berikut adalah pautan terus ke laman web KWSP ini.

〉〉 Login KWSP Online〈〈

Pada paparan ini, klik pada pengaktifan i-Akaun (first time login). Sila baca Terma dan Syarat dan klik pada Agree. Setelah itu anda perlu klik pada Next. Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan NRIC dan masukkan kod pengaktifan yang diperolehi menerusi SMS.

Untuk mengetatkan tujuan keselamatan akaun anda, anda perlu memasukkan maklumat peribadi dan perinci keselamatan pada akaun anda. Selepas anda mengesahkan nama pada username dan pas keselamatan pada password anda juga perlu memilih tiga soalan keselamatan beserta jawapannya.

NOTA : Pastikan anda mencatit segala maklumat ini pada telefon peribadi anda ataupun mana mana nota peribadi anda bagi tujuan simpanan maklumat yang teratur dan selamat.

 

Kemudian, pilih gambar bagi tujuan keselamatan peribadi dan masukkan frasa rahsia anda. Ini adalah bertujuan pencegahan penyamaran kod laluan pada masa hadapan.

 

Langkah 3 : Cetak Penyata Akaun KWSP anda.

Apabila semua akaun sudah selesai dibina, anda boleh meneruskan untuk mencetak akaun KWSP anda. Peringatan, pencetakan masa akan datang, anda hanya perlu log masuk kedalam i-Akaun dan terus mencetak penyata akaun anda.

Klik pada My Account, dan pilih latest EPF statement. Anda boleh memilih untuk menyimpan atau mencetak penyata ini. Klik pada butang Print di bawah penyata skrin untuk mencetaknya.

Biasanya Bank dan institusi kewangan sentiasa mahukan penyata KWSP anda yang terkini. Oleh itu, pastikan anda mengeluarkan penyata yang paling terkini.

Jika anda dapati kawasan anda tiada akses ke laman internet, anda boleh melawat mana-mana bank RHB, CIMB, atau HSBC atau pejabat KWSP untuk mengeluarkan cetakan penyata akaun anda pada Kiosk KWSP.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui bahawasanya akaun KWSP boleh dikeluarkan untuk pelbagai tujuan tanpa menunggu waktu pencen anda. Ianya bertujuan seperti berikut dan tidak terhad pada senarai ini.

  1. Tujuan Membuat Pinjaman Perumahan
  2. Tujuan Membuat Pembelian Rumah
  3. Tujuan Kematian
  4. Tujuan Hilang Keupayaan
  5. Tujuan bagi PTPTN atau Pendidikan
  6. Skim Pelaburan Ahli
  7. Pekerja Berpencen
  8. Kesihatan
  9. Meninggalkan Negara Malaysia
  10. Mengerjakan Haji
  11. Simpanan Melebihi RM 1 juta

Setiap pengeluaran ini bergantung pada had jumlah, jenis akaun dan prasyarat yang diinginkan. Sila rujuk pada dua link di bawah.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang juga diletakkan dibawah ini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈