Kilang Kondom bakal dibina di Negeri Perak

Kilang Kondom bakal dibina di Negeri Perak

Ini merupakan berita terbaru yang diterima oleh kami di Jom Viral. Tahukah anda bahawa sebuah kilang yang baru bakal dibina di Perak?

Kilang yang bakal dibina ini merupakan kilang pemprosesan bahan plastik dan produk yang bakal dikeluarkan bukanlah plastik biasa tetapi ianya adalah kondom.

Mari lihat foto dibawah iaitu papan tanda projek pembangunan yang dimaklumkan ini.

Papan Tanda Pembangunan Projek ini Menerangkan Kilang Kondom bakal dibina di Negeri Perak

Cadangan Projek : Cadangan Membina Sebuah Kilang 3 Tingkat Memproses Kondom Plastik dan Berbagai Bangunan/ Struktur di Atas Lot 216539 Lorong Bemban Batu Gajah, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan untuk Tetuan Sagami Manufacturers Sdn Bhd.

Pemilik : Sagami Manufacturing Sdn Bhd

Arkitek : Lee Architectural Consultancy

Jurutera Perlindung Civil dan Struktur L TC Tan & Partners Sdn Bhd

Kontraktor : Shimizu Corporation.

Berikut adalah Mengenai Sagami Manufacturers Sdn Bhd

Pengenalan Syarikat
Sagami Rubber Industries Co., Ltd. diasaskan pada tahun 1934, iaitu pengeluar kondom pertama dalam negara Jepun. Semenjak itu, pengusaha syarikat ini telah membekalkan kondom kepada lebih 80 buah negara.

Produk mereka ini dinilai tinggi di negara negara tersebut dan laporan pengguna mengatakan populariti ini dikatakan kondom terbaik di dalam dunia.

Produk & Perkhidmatan

Mengeluarkan Kondom Plastik dan Kondom Getah Semulajadi.

Maklumat Syarikat

Registration No. 383549-M

Jenis Perniagaan

Industri Pembuatan

Saiz Syarikat
201 – 500 Pekerja

 

Apakah pandangan anda mengenai pembinaan kilang baru ini? Adakah perniagaan produk kondom yang bakal dikeluarkan untuk kegunaan market tempatan ataupun luar negara?

Kilang ini merupakan pengeluar berkapasiti besar kerana bakal dibina bagi 3 tingkat. Ianya juga bakal menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi di sini.

Namun ianya menjadi persoalan sekiranya anda ditawarkan untuk berkhidmat di kilang tersebut apabila ia beroperasi nanti bukan?

Makluman ini hanyalah sekadar pemberitahuan kepada masyarakat tentang keadaan semasa yang berlaku di sekitar kita. Semoga ianya memberi penerangan yang dan pendedahan yang baik kepada kita semua.