Khasiat Daun Sup, Cuci Buah Pinggang Dengan RM1

Khasiat daun sup – Daun Sup ini iaitu nama lainnya Apium graveolens. Tumbuhan ini biasanya di jadikan sebagai salah satu bahan penting dalam masakan terutama dalam membuat sup. Selain untuk masakan ia juga memiliki khasiat yang berbagai untuk kesihatan tubuh

Salah satunya yang kerap di sebut adalah kemampuannya untuk menambah jumlah air kencing, dalam erti kata lain membuat air kencing menjadi lancar. Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan. Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini?

Caranya ;

  1. Dapatkan 1 ikat daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecil-kecil , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
  2. Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.
  3. Amalkan meminumnya segelas sehari.

Insya Allah anda akan rasa perubahannya. Segala kandungan garam dan racun-racun akan dikumuhkan melalui air kencing.

Antara khasiat-khasiat lain daun sup ini adalah;

  1. Ianya  baik untuk menguatkan dinding perut dan saluran usus.
  2. Memperlambat proses penuaan.
  3. Menjaga kelenturan dan aktiviti otot
  4. Mengubati asma
  5. Mengubati kencing manis
  6. Membantu melarutkan kalsium dalam tubuh
  7. Melancarkan aliran darah
  8. Meneutralkan asid tubuh
  9. Melindungi otak dan sistem saraf
  10. Mengubati arthritis
  11. Menurunkan tekanan darah
  12. Menjaga berat badan

Selamat mencuba!