Penerangan Ilmu Bitcoin dari kaca mata orang awam

Bitcoin

Bitcoin

Bitcoin “BTC”

Seperti Tajuk yang dipilih, Jomviral kali ini ingin berkongsikan definisi dan ilmu mengenai ‘BTC’ yang sebenar. Ia perlu difahami dengan pemahaman yang sebenar supaya anda tidak salah faham dan menganggap BTC itu adalah satu bentuk perniagaan MLM

Adakah Bitcoin itu scam?

Sepertimana juga perniagaan logam emas, perniagaan emas yang sebenarnya itu adalah baik. Namun begitu banyak perniagaan penipuan yang menggunakan nama emas telah muncul bagi tujuan penipuan seperti Geneva, DEPB dan lain lain lagi.

Disebaliknya, adanya perniagaan jual beli emas yang sebenar dan memang selamat untuk jual beli sebagai contoh belian kijang emas di maybank, dinar kelantan, barang kemas dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan dunia BTC ataupun matawang kripto yang lain, perniagaan sebenar matawang ini adalah selamat namun disebabkan ia masih baru iaitu kurang dari 10 tahun operasi ramai yang mengambil peluang untuk manipulasi dan menipu orang ramai.

Tambahan lagi¬†disebabkan ia merupakan mata wang kripto ataupun ‘Cryptocurrency‘ ianya lebih terdedah pada tujuan penipuan yang lebih besar kerana sistem ini dibuat secara atas talian (online) sahaja.

Oleh itu lebih banyak penipuan yang muncul disekelilingnya yang menyebabkan kita skeptikal bahawa BTC itu semata-mata penipuan dan tidak jelas. Dengan ini posting ini diwujudkan untuk kami berkongsikan tentang ilmu sebenar mengenai apa itu Bitcoin.

BTC adalah Cryptocurrency

BTC merupakan matawang kripto. Iaitu mata wang digital. Ianya wujud dalam keadaan digital ataupun sistem bytes dan tidak boleh dilihat dengan mata secara fizikal. Medium sebegini sebenarnya selaras dengan perkembangan dunia yang makin maju dan menuju kepada sistem lebih berteknologi.

Ia juga diramalkan sebagai sistem yang mungkin bakal menjadi majoriti bagi kaedah jual beli pada masa akan datang.

Bagi setiap penerangan kepada BTC, sila rujuk kepada pecahan-pecahan tajuk di bawah. Jika anda berminat untuk membuat jual beli BTC, ilmu pengetahuan berkenaan BTC adalah satu kewajipan supaya ia dapat melindungi diri anda dari sebarang bentuk penipuan.

  1. Harga Terkini BTC

  2. Asal Usul Bitcoin

  3. Apakah itu Bitcoin

  4. Bitcoin sebagai Sistem Pembayaran

  5. Terma Penting Yang Perlu Diketahui dalam Urusniaga Bitcoin