Bitcoin sebagai Sistem Pembayaran

Bitcoin sebagai Sistem Pembayaran

Bitcoin sebagai Sistem Pembayaran

Bitcoin sebagai Sistem Pembayaran

Bagaimanakah manusia memindahkan wang ribuan tahun yang lalu? Sewaktu mereka tinggal dalam kampung kecil dan mengenal setiap jiran jiran mereka.

Jomviral akan berkongsikan segala pengetahuan pengetahuan asas berkenaan Bitcoin di tajuk utama kami iaitu Bitcoin.

Kita pasti menukarkan wang dengan pihak lain dengan mudah dan kita masih melakukannya hari ini sekiranya kita benar-benar percaya individu tersebut.

Namun, bila wang itu mula berubah kepada bentuk sistem perbankan ataupun atas talian ianya mula merumitkan.
Sepertimana sistem perbankan ataupun sistem kredit kad yang mana setiap transaksi direkodkan dalam sistem lejar.

Sistem Lejar Bitcoin

Secara asasnya, sistem lejar ini merekodkan siapakah pemilik awal dan jumlah wang yang telah dipindahkan dan siapakah pemilik baru wang tersebut.

Sebagai contoh, jika Bran mahu memindahkan wang 100 kepada Sarah secara atas talian, bank yang perlu memindahkan wang tersebut . Bran tidak boleh memindahkannya sendiri kerana terdapat risiko berlaku penipuan di situ.

Jika pemindahan wang berlaku pada dua akaun dalam bank yang sama ianya amat mudah untuk dipindahkan. Tetapi jika ia melibatkan institusi bank yang berlainan ianya amat rumit.

Ini kerana setiap bank mempunyai sistem lejer yang berbeza-beza. Apatah lagi jika sistem bank itu berasal dari dua buah negara yang berlainan.

Kekurangan sistem bank

Kerana perbezaan-perbezaan ini, mereka mengambil pelbagai fi ataupun upah dan ianya juga memakan masa yang lebih lama. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pemindahan dari dua negara maka bahasa, sistem, matawang dan lebih banyak autoriti yang terlibat dalam pemindahan itu.

Disebabkan itu, sistem kewangan sebegini sangat kompleks. Ianya penuh dengan simpulan sistem lejar dari seluruh dunia. Bitcoin telah menukarkan semua ini.

Bagaimana. Dengan mudahnya iaitu melalui satu sistem lejar global yang seragam kepada seluruh internet dan sesiapa pun boleh melihat akaun lejar itu secara langsung tidak kira dimana dan siapakah mereka.

Blockchain

Sistem lejar ini dikenali sebagai blockchain. Dimana wang boleh dipindahkan dengan mudah dari mana-mana pihak tanpa kekangan masa dan fi yang banyak lapis.

Sepertimana sistem di dunia sebelum ini sebelum arus teknologi dan penuh dengan sistem perbankan.
Kegunaan Bitcoin.

Mengirimkan wang pada rakan dan keluarga sama ada tempatan atau ke luar negara. Membeli barang secara online. Mendapat upah pekerjaan dan sebagainya.