Bayi Lahir di Selangor Dapat RM 1500, TAWAS

TAWAS

Pengenalan TAWAS

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Kad Simanja

Kad ini merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus. Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibubapa/penjaga untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS.

Ibubapa/penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.

Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi.

Penyata Simpanan TAWAS

Penyata bernilai RM 1500.00 ini dikeluarkan sebaik sahaja permohonan TAWAS telah disahkan lulus. Ibubapa/penjaga adalah dinasihatkan untuk mengambil penyata tersebut di Pejabat YAWAS pada bila-bila masa dengan bawa bersama dokumen seperti:

– Mykid;atau
– Sijil Kelahiran Anak;atau
– Kad SiManja (jika ada)

Ibubapa/penjaga dikehendaki menyimpan penyata ini bagi membolehkan Ahli TAWAS membuat tuntutan bernilai RM 1500.00 apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Sebarang kerosakan atau kehilangan hendakalah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi.

Syarat Permohonan

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

i. Ahli Parlimen Selangor
ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
iv.Penghulu/Ketua Kampung
v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

i.Penghulu/Ketua Kampung
ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Cara Memohon

Permohonan untuk menjadi ahli TAWAS boleh dilakukan diantara tiga tempat iaitu;

1. Pejabat Pusat Khidmat Dun berhampiran
2. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
3. Permohonan secara online

Anda hanya perlu menyediakan SALINAN DOKUMEN seperti berikut :

1. MyKad Ibu dan Bapa
2. MyKid atau Surat Lahir Anak
3. Surat Pengakuan Anak Angkat ( Jika Perlu )

 

Jadi, sesiapa yang memenuhi syarat ini segeralah memohon TAWAS sebelum usia anak mencecah 3 tahun.Peluang ini bukan selalu datang dan peluang ini untuk masa depan anak. Jadi segeralah memohon.