Asal Usul Bitcoin

Asal Usul Bitcoin

Asal Usul Bitcoin

Asal Usul Bitcoin

Bitcoin telah dicipta oleh seorang ataupun mungkin sekumpulan pasukan ataupun sekumpulan syarikat-syarikat yang menggelarkan dirinya ‘ Satoshi Nakamoto’

Jomviral akan berkongsikan segala pengetahuan pengetahuan asas berkenaan Bitcoin di tajuk utama kami iaitu Bitcoin.

Siapakah Satoshi Nakamoto

Satoshi Nakamoto seperti yang diperkenalkan diatas adalah pengasas Bitcoin. Siapakah dia, dan dari mana asalnya tiada siapa yang ketahui melainkan pemilik badan itu sendiri.

Identiti beliau kekal dirahsiakan sehingga ke hari ini. Walaupun banyak artikel telah dilakukan dan risikan dibuat untuk membongkarkan identiti individu ini, namun sehingga kini tiada siapa yang boleh membuktikannya.

Terdapat anggaran dari pihak luar mengatakan Satoshi Nakamoto ini adalah individu dari Jepun. Namun ada juga mengatakan individu ini berasal dari Amerika Syarikat.

Sebagai rekod, Satoshi Nakamoto telah membeli lebih dari 1 juta unit Bitcoin pada awal pengenalan sistem Bitcoin kepada dunia namun sehingga sekarang beliau tidak pernah menggunakan sebarang simpanan Bitcoin beliau.

Kisah Penciptaan Bitcoin

Adakah ini menjadi masalah? Tidak langsung. Ini kerana ciptaan beliau iaitu Bitcoin ini adalah bersifat sumber terbuka ataupun ‘open source’. Oleh itu ianya tidak mempunyai rahsia terpendam sebagaimana bank dan transaksi Bitcoin boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Pada tarikh 31 Oktober 2008(ketika Krisis Kewangan Dunia bergelora), satu kertas kerja ‘White Paper’ telah dikirimkan kepada mel sekumpulan pakar kriptografi.

Kertas Kerja ini bertajuk ‘Bitcoin: A Peer to Peer Electronic Cash System’ berserta nama penulisnya Satoshi Nakamoto.

Sistem ini tidak melibatkan input dari penciptanya. Ramai yang telah terlibat dalam membina sistem ini dahulu. Oleh itu, kod asas telah mengalami sedikit perubahan dari garis pandu asal yang telah dicadangkan Satoshi.

Seperti sains, asas dan rangka Bitcoin adalah hasil dari olahan kertas kerja Satoshi. Kemudian selepas beberapa masa berlalu, saintis, jurutera, dan ahli matematik terlibat dalam kajian mengenai kriptografi dan lain-lain lagi.

Lalu, Satoshi berjaya membentuk semua hasil kerja ini pada satu plan lengkap dan mula melaksanakan Bitcoin. Satoshi juga telah meletakkan rujukan pada kertas kerjanya bagi melengkapkan ciptaannya ini.

Rujukan kertas kerja.