Apakah itu Bitcoin

Apakah itu Bitcoin

Apakah itu Bitcoin

Apakah itu Bitcoin

Ramai yang menyangkakan Bitcoin itu amatlah rumit. Namun ia sebenarnya ringkas dan mudah difahami dari apa yang kita sangkakan.

Penerangan ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami asas ilmu bitcoin, dan kefahaman lebih mendalam lagi selepas masa berlalu bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Bitcoin biasanya diperjelas dengan membandingkannya dengan sesuatu yang spesifik yang kita biasa tahu. Namun ianya kadangkala menimbulkan lebih banyak kecelaruan.

Bitcoin adalah teknologi baru yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini. Ini lebih tepat bagi memudahkan fahaman kita. Ianya merupakan kombinasi kepada beberapa perkara yang telah kita ketahui.

1. Bitcoin sebagai Sistem Penukaran Wang

Pertama sekali, bitcoin bertujuan untuk menukar wang dengan mudah sekali. Ia berfungsi sebagai sistem pembayaran. Sama seperti penukaran melalui bank ataupun kredit kad. Cumanya, ia lebih baik.

2. Bitcoin Seperti Emas

Bitcoin diibaratkan sebagai aset dalam bentuk digital. Ramai menganggapnya sebagai emas digital ataupun Emas 2.0. Sepertimana menggunakan emas sebagai jual beli. Melainkan ianya amat mudah untuk dipindah dan ditukar milik.

3. Bitcoin adalah Internet Yang Tidak Dikawal Selia Oleh mana-mana individu ataupun kumpulan syarikat.

Bitcoin umpama internet yang tiada sesiapa mengawalnya. Ianya tidak diselia di mana mana authority ataupun entiti. Disebabkan itu tiada sesiapa mampu memanipulasi harga bitcoin dengan keputusan mana mana individu.
Ketiga-tiga sifat ini berkait rapat antara satu sama lain dan membentuk Bitcoin.

Gambarkan seperti anda memasukkan kredit kad, emas, dan internet pada satu acuan. Lalu terbentuklah satu komponen baru iaitu – Bitcoin.

Penerangan Lengkap berkenaan Bitcoin

Jomviral akan berkongsikan segala pengetahuan pengetahuan asas berkenaan Bitcoin di tajuk utama kami iaitu Bitcoin.

Sila klik artikel asal kami dan setiap kemaskini kami yang terbaru akan dikongsikan pada ruangan ini. Sebagai info tambahan penulisan ini ditulis pada tarikh 10 Disember 2017 dimana harga seunit Bitcoin adalah bersamaan dengan RM 66,265.

Bitcoin