Apa Yang Anda Perlu Faham Tentang Solekan

1. BEDAK ASAS

Pemilihan foundation atau bedak asas amat penting sebelum mengenakan solekan di wajah. Kesilapan memilih bedak asas yang berlainan warna dengan kulit akan menyebabkan ton kulit tidak sekata. Justeru, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyapu sedikit bedak asas atau foundation berkenaan di bahagian rahang. Kenal pasti warna yang dilihat agar seakan-akan ton kulit anda. Kemudian barulah sapukan secara merata dan tidak bercapuk.

2. PEMBAYANG MATA

Mata memainkan peranan penting untuk menarik perhatian. Oleh itu, penekanan dalam memilih pembayang mata yang sesuai dapat menyerlahkan lagi keanggunan wanita. Bagi yang berkulit cerah, anda bebas memilih sebarang warna. Namun, wanita yang memiliki kulit hitam manis disarankan agar memilih rona coklat keemasan yang dapat menonjolkan kemanisan warna anda.

3. PENGGARIS MATA

Penggaris mata adalah alat solek yang penting dalam menghasilkan ilusi pada bahagian mata. Selain menjadikan mata kelihatan lebih galak dan cantik, penggunaan penggaris mata juga dapat mengelakkan mata daripada kelihatan tidak bermaya.

4. PEMERAH PIPI

Penggunaan pemerah pipi perlu bagi menampakkan wajah anda kelihatan segar dan manis. Pemilihan dan pemakaian pemerah pipi yang betul bakal menaikkan lagi seri di wajah seterusnya menarik untuk dipandang. Namun, jangan gunakan secara berlebihan kerana dikhuatiri akan merosakkan keseluruhan solekan anda.

5. GINCU

Ia digunakan sebagai pelengkap solekan. Pastikan anda menggunakan rona warna yang lembut atau terang bagi menyerlahkan kecantikan semula jadi anda. Jangan lupa oles pengilat bibir agar kelihatan lebih seksi.

 

Sumber :  Anis Hamidah