8 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat Tanpa Ubat

Walapun batuk dapat sembuh dengan sendirinya,  anda masih boleh mempercepatkan proses pemulihan dengan 12 petua hilangkan batuk berikut ini.

1. Buah Badam

Buah badam memiliki kelebihan untuk menghilangkan batuk dengan cepat. Sekiranya petua ini boleh menjadi pilihan buat anda yang suka dengan perubatan konvensional. Berikut ini panduannya;

  • Siapkan 5-8 butir buah badam, kemudian rendam di dalam air lebih kurang 12 jam.
  • Tumbuk atau giling buah badam sampai lembut seperti pasta, kemudian tambahkan sesudu teh mentega.
  • Makan pasta ini dalam satu hari 3-4 kali.
  • Kalau tak suka makan mentega langsung, maka jangan cuba cara pertama ini.

BACA JUGA : 15 Khasiat Bawang Putih Untuk Kecantikan Wanita

2. Buah Anggur

Anggur mempunyai sifat ekspektoran yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, jangan terlalu banyak karana rasa manis pada anggur juga boleh menyebabkan batuk.

3. Limau Nipis dan Kicap

Siapa yang tahu rahsia ini? Campuran limau nipis dan kicap sangat efektif dalam menyembuhkan batuk. Perubatan tradisional ini telah dipakai sejak masyarakat terdahulu. Bagaimana buatnya?

  • Ambil sebiji limau nipis dan 1 sudu besar kicap.
  • Perah limau nipis ke atas sudu, buang bijinya. Tuang sedikit kicap, lalu kacau dan minum ubat batuk ini.
  • Selepas itu, jangan lupa minum air suam sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

4. Madu

Kicap berasa manis, madu juga manis. Anda sukar menentukan pilihan? Rileks, keduanya sama-sama bagus kesannya. Madu secara praktikal telah terbukti efektif dalam mengubati batuk dan tekak gatal. Tidak percaya? Cuba saja campurkan sesudu madu dengan satu gelas lemon tea.

5. Daun Pudina (Mint)

Di Jerman, daun pudina dipercaya sebagai ubat untuk mengatasi jangkitan saluran pernafasan seperti  selsema, batuk, dan bronkitis. Daun ini kerap proses menjadi serbuk teh yang dibuat khusus untuk fungsi ubat peradangan saluran pernafasan.

  • Rebus daun pudina dalam air mendidih selama 10 minit, tapis airnya.
  • Tambahkan madu dan perahan limau nipis pada air rebusan daun pudina.
  • Minum ramuan herba ini sehari dua kali, sehingga batuk pulih.

6. Lada Hitam dan Madu

Pernah dengar jenis perubatan atasi batuk pakai lada hitam? Mungkin di Malaysia masih tidak ramai yang mengetahui petua hilangkan batuk ini. Lada hitam yang dicampur dengan madu ternyata mampu menyembuhkan batuk dengan jalan mengeluarkan lendir dari dalam. Bagaimana caranya?

  • Mula-mula, ambil satu sudu bijik lada hitam, dan campurkan dengan dua sudu madu ke dalam gelas.
  • Isi air panas, lalu tutup gelasnya selama 10 minit.
  • Langkah akhir, minum ramuan ini.

BACA JUGA : Khasiat Minyak Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

7. Halia

Halia termasuk penawar batuk semualajadi yang dapat anda jumpai di dapur rumah. Seorang pengamal medik memakai halia untuk meredakan demam dan selsema sebab tahu di dalam halia terdapat kandungan antihistamin dan kemampuan decongestants.

Petuanya:

  • Ambil halia secukupnya dan hiris halus.
  • Rebus hirisan halia tadi bersama 3 gelas air selama 15 minit kemudian tapis airnya.
  • Letakkan perahan lemon atau limau nipis dan satu sudu madu, minum ketika air masih suam untuk merasa kesedapannya.

8. Sup Ayam

Makanan berkuah juga dapat merawat batuk yang berkesan.  Menurut kajian oleh Universiti Nebraska di US bahawa sup ayam yang memiliki sifat anti-radang seperti dijumpai pada kebanyakan ubat batuk. Selain itu, dikatakan bahawa sup ayam boleh membuang kotoran menggumpal pada tengkuk.

BACA JUGA : Khasiat Daun Sup, Cuci Buah Pinggang Dengan RM1

 

Semoga petua hilangkan batuk semulajadi tanpa ubat ini memberikan manfaat untuk anda!