3 Pulau Menarik Di Johor Yang Mesti Anda Pergi

Di negeri Johor Darul Ta’zim terdapat banyak pulau yang cantik utk dilawati. Di sini kami senaraikan 3 Pulau Menarik Di Johor Yang Mesti Anda Pergi.

 

1. Pulau Rawa

Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan
pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.

 

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.

 

2. Pulau Dayang

Pulau Dayang terletak di sebelah barat Johor. Pulau Dayang sebenarnya adalah sebahagian daripada pulau yang terdiri diantara pulau yang berdekatan dengannya iaitu Pulau Aur, Pulau Lang dan Pulau Pemanggil.

Pulau Dayang ini terkenal dengan tempat menyelam. Kebanyakan pelancong yang melawat pulau ini adalah untuk aktiviti menyelam skuba dan snorkeling. Terdapat banyak kehidupan laut seperti ikan paus, jerung dan pari.

Selain itu, terdapat kursus menyelam yang ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk belajar dan kepada yang baru hendak belajar menyelam di Pulau Dayang ini.

 

Perlu Baca : Penginapan Yang Disyorkan Jika Anda Bercuti Di Pulau Perhentian

 

3. Pulau Besar (Nama asal Pulau Babi Besar)

Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih.

Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai “Taman Laut”.

Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti selaman skuba, memancing dan sebagainya yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.

Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.

 

Pasti tenang bila melihat air laut yang membiru kalau kita pergi ke pulau-pulau yang ada di Johor ini.