Guru Tidak Cukup Di Sekolah Bukan Alasan Untuk Murid Cuti

Murid Tidak Boleh Cuti

Murid Tidak Boleh Cuti

Guru Tidak Cukup Di Sekolah Bukan Alasan Untuk Murid Cuti demikainlah yang perlu guru besar atau pengetua tahu. Menutup sekolah bukan perkara yang boleh dibawa main-main. Guru Besar/ Pengetua perlu memohon dengan JPN terlebih dahulu sebelum menutup sekolah. Selagi tiada kelulusan guru besar/pengetua tidak boleh menutup sekolah.

Guru Besar/ Pengetua juga perlu akur dengan surat siaran daripada KPM. Setakat ini tiada lagi surat siaran membenarkan sekolah tutup kerana guru tidak cukup. Guru Besar atau Pengetua perlu memikirkan cara lain yang lebih sesuai seperti kelas digantikan oleh guru lain atau mengumpulkan murid satu tempat seperti dewan dan jalankan aktiviti yang sesuai.

Guru Tidak Cukup Di Sekolah Bukan Alasan Untuk Murid Cuti Kata Datuk Seri Mahdzir Khalid

Pemberitahuan untuk ‘merehatkan’ murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan sekolah seperti yang dikeluarkan sebuah sekolah di Ampang, Selangor bukan arahan Kementerian Pendidikan, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas pengedaran surat pemberitahuan di media sosial yang memaklumkan murid kelas peralihan, darjah satu dan dua bagi sesi pagi dan petang direhatkan pada 18 dan 19 Julai kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, Mahdzir berkata pemberitahuan itu disediakan secara ‘pandai-pandai’ oleh pengetua atau pihak sekolah berkenaan.

Beliau berkata penglibatan guru dalam taklimat seperti dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah biasa dan tidak memerlukan murid direhatkan.
“Kita akan lakukan siasatan dalaman tetapi yang pasti arahan sebegitu tidak boleh dibuat sama sekali,” katanya ketika ditemui pada majlis mesra Aidilfitri kementeriannya di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet.

Mahdzir berkata kebiasaannya sekolah hanya perlu melaporkan hal itu kepada PPD dan ketiadaan guru terbabit bagi kelas pengajarannya perlu diganti oleh guru lain.

“Jadi, pemberitahuan bahawa murid direhatkan dua hari adalah tidak betul dan menyalahi praktis yang diamalkan sejak sekian lama,” katanya.

Oleh yang demikian guru besar dan pengetua perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Kita pendidik sentiasa diperhatikan oleh ibu bapa. Silap langkah guru yang akan merana dengan tindakan sendiri. Sekolah tidak dibenarkan merehatkan murid tanpa kebenaran dari JPN, biarpun ramai guru terpaksa menghadiri kursus atau taklimat di luar kawasan. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah, haruslah digantikan ‘relief’ supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan. Perkara-perkara ini perlu menjadi perhatian warga sekolah.

Sumber: Bernama